Monday, August 13, 2012

POLISI PRASEKOLAH UNGGUL





Berikut merupakan beberapa polisi dan peraturan am yang telah disediakan oleh pihak Prasekolah Unggul sebagai rujukan kepada ibu bapa/penjaga:-
1.    Prasekolah Unggul akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis bermula jam 7.45 am hingga 12.10 tengahari. Prasekolah Unggul akan ditutup pada hari kelepasan am Malaysia dan cuti peristiwa dari pihak kami.
2.    Bayaran pendaftaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM100, manakala jika lebih daripada seorang dari satu keluarga yang memasuki Prasekolah Unggul, bayaran pendaftaran adalah RM 90 bagi setiap orang kanak-kanak.
3.    Ibu bapa/penjaga digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang ditetapkan. Kelewatan mengambil anak-anak lebih daripada 30 minit akan dikenakan bayaran, iaitu RM5.00 per jam. Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada ibu bapa bersama-sama yuran bulanan.
4.    Bayaran mesti dijelaskan dalam masa 7 hari pertama pada setiap bulan.
5.    Kanak-kanak adalah dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barang keras dan berbahaya serta barang kemas dan berharga.
6.    Ibu bapa/penjaga adalah digalakkan mengambil bahagian secara tidak langsung pada minggu pertama anak-anak dihantar ke Prasekolah Unggul. Anda digalakkan meluangkan masa selama beberapa jam di Prasekolah Unggul untuk melihat perkembangan anak-anak,  cara mereka dibantu untuk perkembangan, cara mereka berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan, menu, kebersihan dan anda juga digalakkan memberikan komen yang membina kepada pihak pengurusan Prasekolah Unggul untuk kepentingan bersama dalam mengembangkan potensi anak-anak.
7.    Selepas dari minggu pertama anak anda berada di Prasekolah Unggul, kami menjangka mereka telahpun membiasakan diri dengan persekitarannya. Ibu bapa diharap memberi kerjasama dengan tidak menunggu anak-anak di Prasekolah Unggul sepanjang sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
8.    Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak yang menghadapi penyakit berbahaya, berjangkit (sakit mata, campak, HINI dsb) atau deman panas yang serius.
9.    Jika berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak pengurusan Prasekolah Unggul akan membawa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan ke klinik/pusat perubatan yang berdekatan secepat mungkin. Ibu bapa akan dihubungi dengan segera. Kos rawatan ditanggung oleh Prasekolah Unggul melalui kutipan tabung kecemasan yang disediakan.
10. Sarapan, kudapan (makan pagi) akan disediakan oleh pembantu pengurusan murid (PPM). Makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak akan diberikan untuk kanak-kanak Prasekolah Unggul.
11. Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak Prasekolah Unggul sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alergi kepada anak-anak mereka.
12. Tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan Prasekolah Unggul.
13. Jika ibu bapa/penjaga tidak dapat mengambil anak-anak, sila membawa surat yang telah ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga yang membenarkan orang tersebut mengambil anak anda.
14. Sekiranya anak anda tidak dapat menghadiri Prasekolah Unggul, sila maklumkan kepada pihak pengurusan sama ada secara bertulis, lisan atau telefon.
15. Ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang kemasukan yang disediakan dan sebarang pertukaran alamat, nombor telefon dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pihak Prasekolah Unggul.
16. Kotak cadangan akan disediakan, sila masukkan cadangan atau komen anda pada bila-bila masa.
17. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan Prasekolah Unggul. Ibu bapa/penjaga akan diberikan notis sekiranya berlaku sebarang pindaan.

PELAKSANAAN PROGRAM


Di Prasekolah Unggul, pendekatan berpusatkan murid sangat ditekankan melalui amalan praktik dalam menghasikan produk-produk rekaan. Idea-idea kreatif kanak-kanak diambil kira dalam menghasilkan rekaan mereka. Kanak-kanak akan lebih seronok dan berminat untuk menyiapkan rekaan sekiranya idea mereka disokong oleh guru. Selain itu, pendekatan berpusatkan murid ini memberi peluang kanak-kanak memilih bidang yang diminati serta membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka. Ini disokong dengan pendapat Bustam Kamri (2007) yang menyatakan bahawa aktiviti berpusatkan murid bermaksud pembelajaran yang digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta memberi pengalaman baru kepada murid tersebut. Menurutnya lagi aktiviti berpusatkan murid sangat sesuai digunakan dalam pendekatan projek.

 Produk ciptaan kanak-kanak akan dipasarkan ke pasaran yang lebih luas melalui E_Unggul iaitu pemasaran secara online.  Kualiti barangan rekaan kanak-kanak dinilai terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan. Pada peringkat awal, guru memainkan peranan penting dalam membina laman sesawang E_Unggul. Namun, dari semasa ke semasa kanak-kanak diajar mengendalikan laman tersebut untuk memasarkan produk rekaan mereka. Ibu bapa atau penjaga juga turut serta dalam membantu memasarkan produk rekaan anak-anak mereka melalui laman E_Unggul. Selain itu, ibu bapa yang sibuk bekerja juga mudah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan anak-anak mereka dengan mengakses laman E_Unggul. Selain dari pemasaran produk rekaan secara online, kami juga membekalkan ilmu pemasaran secara manual, iaitu berdepan secara langsung dengan pelanggan. Kanak-kanak akan diajar cara dan etika melayan pelanggan dan menonjolkan sikap yakin diri dan cekap semasa berurus niaga. Kanak-kanak dapat menonjolkan bakat interpersonal dalam jualan mereka melalui aktiviti Pameran Kreativiti dan Inovasi yang akan dijalankan pada  bulan April 2012 dan Hari Jualan Terbuka pula akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2012.

MODUL TAHUNAN PRASEKOLAH UNGGUL

SUKATAN PELAJARAN

1.0                  PERATURAN KESELAMATAN AM
1.1                  Peraturan Keselamatan Diri
1.2                  Peraturan Sebelum Menggunakan Bengkel
1.3                  Peraturan Semasa Menggunakan Bengkel
1.4                  Peraturan Selepas Menggunakan Bengkel
1.5                  Keselamatan Menggunakan Peralatan


2.0                  ORGANISASI BENGKEL
2.1                  Struktur Organisasi Bengkel
2.2                  Jadual Tugasan


3.0                  PENGENALAN KEPADA REKACIPTA
3.1                  Sejarah Rekacipta
3.2                  Tokoh Dan Bahan Ciptaan


4.0                  JENIS BARANGAN TERPAKAI
4.1                  Kertas
4.2                  Plastik
4.3                  Besi & Aluminium
4.4                  Kayu
4.5                  Pakaian/Perca Kain

5.0                  REKA BENTUK & PENGHASILAN PRODUK
5.1                  Bentuk Asas Dalam Reka Bentuk
ü  2 Dimensi (2D)
ü  3 Dimensi (3D)
5.2                  Membina Bentuk Asas
5.3                  Mencantum Bentuk  Membentuk Objek
5.4                  Menghasilkan Produk Gabungan
ü  Kayu dan Kertas
ü  Plastik dan Kertas
ü  Kayu dan Plastik
ü  Kayu dan Aluminium
ü  Pakaian dan Plastik
ü  Lain-lain Gabungan Material

6.0                  ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
6.1                  Jenis-jenis Peralatan Elektrik
6.2                  Fungsi Peralatan Elektrik dalam Kehidupan.
6.3                  Komponen Asas Elektrik
6.4                  Penyambungan Litar
6.5                  Peralatan Tangan yang Digunakan Semasa Penyambungan Litar


7.0                  PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN
7.1                  Jenis Produk Jualan
7.2                  Kumpulan Sasaran
7.3                  Kaedah Pemasaran
7.4                  Promosi Jualan
7.5                  Merekod Jualan
7.6                  Pendapatan & Keuntungan


“Program Penghayatan Kitar Semula”



     
Program ini berupaya menggalakkan murid mengamalkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian mereka dan seterusnya melahirkan murid yang lebih
kreatif untuk menghasilkan produk rekacipta daripada bahan kitar semula.








OBJEKTIF PROGRAM


·  Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan kitar semula untuk menjamin kelestarian alam sekitar.
·  Memberi pendedahan kepada murid tentang kegunaan bahan kitar
semula untuk dijadikan produk rekacipta yang menarik.
·  Melahirkan murid yang kreatif dalam menghasilkan produk rekacipta
 daripada bahan kitar semula.