Di
Prasekolah Unggul, pendekatan berpusatkan murid sangat ditekankan melalui
amalan praktik dalam menghasikan produk-produk rekaan. Idea-idea kreatif
kanak-kanak diambil kira dalam menghasilkan rekaan mereka. Kanak-kanak akan
lebih seronok dan berminat untuk menyiapkan rekaan sekiranya idea mereka
disokong oleh guru. Selain itu, pendekatan berpusatkan murid ini memberi
peluang kanak-kanak memilih bidang yang diminati serta membina keyakinan diri
yang tinggi dalam diri mereka. Ini disokong dengan pendapat Bustam Kamri (2007)
yang menyatakan bahawa aktiviti berpusatkan murid bermaksud pembelajaran yang
digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru hanya bertindak sebagai
pembimbing atau pemudah cara yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif serta memberi pengalaman baru kepada murid tersebut. Menurutnya lagi
aktiviti berpusatkan murid sangat sesuai digunakan dalam pendekatan projek.
Produk ciptaan kanak-kanak akan dipasarkan ke
pasaran yang lebih luas melalui E_Unggul iaitu pemasaran secara online.
Kualiti barangan rekaan kanak-kanak dinilai terlebih dahulu sebelum
ianya dipasarkan. Pada peringkat awal, guru memainkan peranan penting dalam
membina laman sesawang E_Unggul. Namun, dari semasa ke semasa kanak-kanak
diajar mengendalikan laman tersebut untuk memasarkan produk rekaan mereka. Ibu
bapa atau penjaga juga turut serta dalam membantu memasarkan produk rekaan
anak-anak mereka melalui laman E_Unggul. Selain itu, ibu bapa yang sibuk
bekerja juga mudah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan anak-anak
mereka dengan mengakses laman E_Unggul. Selain dari pemasaran produk rekaan
secara online, kami juga membekalkan
ilmu pemasaran secara manual, iaitu berdepan secara langsung dengan pelanggan. Kanak-kanak
akan diajar cara dan etika melayan pelanggan dan menonjolkan sikap yakin diri
dan cekap semasa berurus niaga. Kanak-kanak dapat menonjolkan bakat interpersonal
dalam jualan mereka melalui aktiviti Pameran Kreativiti dan Inovasi yang akan dijalankan
pada bulan April 2012 dan Hari Jualan
Terbuka pula akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2012.
No comments:
Post a Comment