Berikut merupakan beberapa polisi
dan peraturan am yang telah disediakan oleh pihak Prasekolah Unggul sebagai
rujukan kepada ibu bapa/penjaga:-
1. Prasekolah
Unggul akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis bermula jam 7.45 am hingga 12.10
tengahari. Prasekolah Unggul akan ditutup pada hari kelepasan am Malaysia dan
cuti peristiwa dari pihak kami.
2. Bayaran
pendaftaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM100,
manakala jika lebih daripada seorang dari satu keluarga yang memasuki
Prasekolah Unggul, bayaran pendaftaran adalah RM 90 bagi setiap orang
kanak-kanak.
3. Ibu
bapa/penjaga digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang
ditetapkan. Kelewatan mengambil anak-anak lebih daripada 30 minit akan dikenakan
bayaran, iaitu RM5.00 per jam. Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada
ibu bapa bersama-sama yuran bulanan.
4. Bayaran
mesti dijelaskan dalam masa 7 hari pertama pada setiap bulan.
5. Kanak-kanak
adalah dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barang
keras dan berbahaya serta barang kemas dan berharga.
6. Ibu
bapa/penjaga adalah digalakkan mengambil bahagian secara tidak langsung pada
minggu pertama anak-anak dihantar ke Prasekolah Unggul. Anda digalakkan
meluangkan masa selama beberapa jam di Prasekolah Unggul untuk melihat
perkembangan anak-anak, cara mereka
dibantu untuk perkembangan, cara mereka berinteraksi dengan guru dan
rakan-rakan, menu, kebersihan dan anda juga digalakkan memberikan komen yang
membina kepada pihak pengurusan Prasekolah Unggul untuk kepentingan bersama
dalam mengembangkan potensi anak-anak.
7. Selepas
dari minggu pertama anak anda berada di Prasekolah Unggul, kami menjangka mereka
telahpun membiasakan diri dengan persekitarannya. Ibu bapa diharap memberi kerjasama
dengan tidak menunggu anak-anak di Prasekolah Unggul sepanjang sesi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
8. Ibu
bapa/ penjaga tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak yang menghadapi penyakit
berbahaya, berjangkit (sakit mata, campak, HINI dsb) atau deman panas yang
serius.
9. Jika
berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak pengurusan Prasekolah Unggul
akan membawa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan ke klinik/pusat
perubatan yang berdekatan secepat mungkin. Ibu bapa akan dihubungi dengan segera.
Kos rawatan ditanggung oleh Prasekolah Unggul melalui kutipan tabung kecemasan
yang disediakan.
10. Sarapan,
kudapan (makan pagi) akan disediakan oleh pembantu pengurusan murid (PPM).
Makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak akan
diberikan untuk kanak-kanak Prasekolah Unggul.
11. Ibu
bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak Prasekolah Unggul sebarang makanan
atau sesuatu yang menyebabkan alergi kepada anak-anak mereka.
12. Tidak
dibenarkan merokok di dalam kawasan Prasekolah Unggul.
13. Jika ibu
bapa/penjaga tidak dapat mengambil anak-anak, sila membawa surat yang telah
ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga yang membenarkan orang tersebut mengambil
anak anda.
14. Sekiranya
anak anda tidak dapat menghadiri Prasekolah Unggul, sila maklumkan kepada pihak
pengurusan sama ada secara bertulis, lisan atau telefon.
15. Ibu
bapa/penjaga perlu mengisi borang kemasukan yang disediakan dan sebarang
pertukaran alamat, nombor telefon dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pihak
Prasekolah Unggul.
16. Kotak
cadangan akan disediakan, sila masukkan cadangan atau komen anda pada bila-bila
masa.
17. Segala
peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan Prasekolah Unggul. Ibu
bapa/penjaga akan diberikan notis sekiranya berlaku sebarang pindaan.
No comments:
Post a Comment