Monday, August 13, 2012

POLISI PRASEKOLAH UNGGUL





Berikut merupakan beberapa polisi dan peraturan am yang telah disediakan oleh pihak Prasekolah Unggul sebagai rujukan kepada ibu bapa/penjaga:-
1.    Prasekolah Unggul akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis bermula jam 7.45 am hingga 12.10 tengahari. Prasekolah Unggul akan ditutup pada hari kelepasan am Malaysia dan cuti peristiwa dari pihak kami.
2.    Bayaran pendaftaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM100, manakala jika lebih daripada seorang dari satu keluarga yang memasuki Prasekolah Unggul, bayaran pendaftaran adalah RM 90 bagi setiap orang kanak-kanak.
3.    Ibu bapa/penjaga digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang ditetapkan. Kelewatan mengambil anak-anak lebih daripada 30 minit akan dikenakan bayaran, iaitu RM5.00 per jam. Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada ibu bapa bersama-sama yuran bulanan.
4.    Bayaran mesti dijelaskan dalam masa 7 hari pertama pada setiap bulan.
5.    Kanak-kanak adalah dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barang keras dan berbahaya serta barang kemas dan berharga.
6.    Ibu bapa/penjaga adalah digalakkan mengambil bahagian secara tidak langsung pada minggu pertama anak-anak dihantar ke Prasekolah Unggul. Anda digalakkan meluangkan masa selama beberapa jam di Prasekolah Unggul untuk melihat perkembangan anak-anak,  cara mereka dibantu untuk perkembangan, cara mereka berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan, menu, kebersihan dan anda juga digalakkan memberikan komen yang membina kepada pihak pengurusan Prasekolah Unggul untuk kepentingan bersama dalam mengembangkan potensi anak-anak.
7.    Selepas dari minggu pertama anak anda berada di Prasekolah Unggul, kami menjangka mereka telahpun membiasakan diri dengan persekitarannya. Ibu bapa diharap memberi kerjasama dengan tidak menunggu anak-anak di Prasekolah Unggul sepanjang sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
8.    Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak yang menghadapi penyakit berbahaya, berjangkit (sakit mata, campak, HINI dsb) atau deman panas yang serius.
9.    Jika berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak pengurusan Prasekolah Unggul akan membawa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan ke klinik/pusat perubatan yang berdekatan secepat mungkin. Ibu bapa akan dihubungi dengan segera. Kos rawatan ditanggung oleh Prasekolah Unggul melalui kutipan tabung kecemasan yang disediakan.
10. Sarapan, kudapan (makan pagi) akan disediakan oleh pembantu pengurusan murid (PPM). Makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak akan diberikan untuk kanak-kanak Prasekolah Unggul.
11. Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak Prasekolah Unggul sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alergi kepada anak-anak mereka.
12. Tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan Prasekolah Unggul.
13. Jika ibu bapa/penjaga tidak dapat mengambil anak-anak, sila membawa surat yang telah ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga yang membenarkan orang tersebut mengambil anak anda.
14. Sekiranya anak anda tidak dapat menghadiri Prasekolah Unggul, sila maklumkan kepada pihak pengurusan sama ada secara bertulis, lisan atau telefon.
15. Ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang kemasukan yang disediakan dan sebarang pertukaran alamat, nombor telefon dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pihak Prasekolah Unggul.
16. Kotak cadangan akan disediakan, sila masukkan cadangan atau komen anda pada bila-bila masa.
17. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan Prasekolah Unggul. Ibu bapa/penjaga akan diberikan notis sekiranya berlaku sebarang pindaan.

No comments:

Post a Comment